Cari @ Amanz

Sony Malaysia telah pun memulakan promosi Xperia S pada laman Facebook mereka, memperlihatkan ianya akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi, disasarkan sekitar bulan Mac kelak. Untuk makluman, Xperia S merupakan peranti pertama tanpa penjenamaan Ericsson, yang mana membawakan rekabentuk yang amat unik dan eksklusif melaluinya.

Walaupun mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi sebelum kami sendiri dapat memegangnya, video nyah-kotak untuk peranti tersebut sudah pun mula kelihatan di alam maya ini, yang membawakan bentuk bungkusan dan rekabentuk kotak yang berbeza berbanding peranti-peranti lain di pasaran. Namun seperti dinyatakan pada video tersebut, rekabentuk kotak dan pakej didalamnya mungkin berbeza mengikut negara dan rantau.

Jadi, adakah Xperia S akan menjadi salah satu peranti idaman anda, ataupun adakah anda menantikan untuk sesuatu yang berbeza?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd