Windows Vista Disokong Sehingga 2017, Windows 7 Sehingga 2020

Windows Vista Disokong Sehingga 2017, Windows 7 Sehingga 2020

Diterbitkan pada Feb 21, 2012 oleh .

Windows 8 kini telah pun dalam fasa pembangunan beta, dengan Consumer Preview yang bakal muncul tidak lama lagi. Dan pada masa yang sama, Microsoft juga tidak melupakan sistem operasi versi sebelum mereka. Setelah XP dipertingkatkan sokongannya sehingga 2014, kini Vista dan juga Windows 7 turut menerima sokongan tambahan.

Melalui pengumuman terkini, Windows Vista kini disokong sehingga 11 April 2017, manakala Windows 7 pula disokong sehingga 14 Januari 2020. Ianya merupakan salah satu kejutan bagi pengguna Vista, memandangkan mengikut jadual sebelum ini, Vista akan ditamatkan sokongannya dalam masa kurang 2 bulan lagi, iaitu pada 10 April 2012.

Walaubagaimanapun, sokongan tambahan yang diumumkan oleh Microsoft ini adalah untuk versi pengguna sahaja, dan bukannya perniagaan. Melaluinya, Vista akan terus menerima kemaskini Service Pack untuk beberapa tahun lagi.

Dan dengan Windows 7 yang disokong sehingga tahun 2020, mungkin ianya tidak memerlukan para pengguna terburu-buru berpindah kepada Windows 8 yang membawakan antaramuka Metro yang serba baru, dan juga sokongan tambahan yang berbeza.


TIPS & ULASAN