Windows 8 Akan Menerima Sokongan Perkomputeran Awan Melalui Integrasi SkyDrive

Windows 8 Akan Menerima Sokongan Perkomputeran Awan Melalui Integrasi SkyDrive

Diterbitkan pada Feb 21, 2012 oleh .

Dengan Windows 8 Consumer Preview yang disasarkan untuk dilancarkan pada minggu hadapan, beberapa info terbaru dikongsikan oleh Microsoft. Hari ini, Microsoft memperlihatkan integrasi SkyDrive yang lebih mendalam pada Windows 8, sekaligus membawa integrasi perkomputeran awan bersama-sama sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft itu.

Memandangkan antaramuka Metro sememangnya memfokuskan kepada integrasi perkomputeran awan, ia akan memudahkan lagi penggunaan SkyDrive, dimana dokumen dan fail yang anda kongsikan semuanya akan dikongsikan melalui SkyDrive, serta membolehkan anda turut mengaksesnya melalui Windows Phone.

Pada masa yang sama, aplikasi desktop juga turut sama akan diperkenalkan, membawakan fungsi seumpama Dropbox, membolehkan anda sync fail dengan mudah. Memandangkan SkyDrive menawarkan ruangan storan sehingga 25GB, ianya mungkin akan memberikan saingan hebat kepada Dropbox kelak.

Sebelum ini juga, beberapa ura-ura mengenai aplikasi SkyDrive untuk Windows dan juga Mac telah kedengaran, dan mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya menjelang pelancaran Windows 8 Consumer Preview pada penghujung bulan ini kelak.


TIPS & ULASAN