Mungkinkah lama-kelamaan, kita akan mula malas untuk menaip dan hanya mengucapkan sahaja apa-apa yang diinginkan, dan dibantu oleh sistem yang diautomasi? Selepas fungsi seumpama Siri yang kian popular, kini ia dilaporkan, Google turut sama sedang membangunkan sokongan kawalan berasaskan suara dan bakal mengintegrasikannya pada Google TV.
Perkara ini dijangka dijayakan dengan membolehkan para pengguna mengucapkan atau membacakan sesuatu perkara itu pada peranti lain, seperti telefon pintar, mahupun alat kawalan jauh televisyen tersebut. Menariknya adalah dimana Google memfailkan dokumen untuk hak cipta teknologi ini beberapa hari sebelum Siri diumumkan oleh Apple.
Mungkin teknologi ini akan diintegrasikan sepenuhnya pada telefon pintar Android, dan beberapa produk lain Google (Chrome?). Sebelum ini juga, Google diperkatakan sedang membangunkan aplikasi seumpama Siri, dengan nama kod Majel.
Adakah pada masa depan, kita akan bercakap dengan peranti disekeliling kita?