Android 5.0 Bakal Didatangkan Bersama-sama Sokongan Mod Desktop?

Android 5.0 Bakal Didatangkan Bersama-sama Sokongan Mod Desktop?

Diterbitkan pada Feb 21, 2012 oleh .

Dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich yang telah pun mula dikeluarkan dalam bentuk kemaskini pada beberapa peranti, kini berita dan ura-ura berkaitan dengan Android versi akan datang, iaitu Android 5.0 telah pun mula kedengaran. Salah satu fungsi yang diperkatakan akan dibawakan oleh Android 5.0 adalah sokongan mode desktop padanya kelak.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan yang mana Android 5.0 akan membawakan pengoptimasian yang lebih lanjut untuk para pengguna tablet. Dan kini, ia diperkatakan Android 5.0 kelak akan membolehkan pengguna menetapkan peranti mereka kepada mode desktop, serta menyokong dock khas, seperti mana yang terdapat pada peranti Motorola ATRIX.

Ia dijangka akan menjadi salah satu fungsi utama terbina pada Android, dan mungkin lebih banyak peranti daripada pelbagai pengeluar akan muncul dengan fungsi seumpama Motorola ATRIX sekiranya perkara ini benar.

Sehingga kini, Google masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan Android versi akan datang, walaupun ramai yang mengatakan ianya akan dikenali sebagai Jelly Bean.


TIPS & ULASAN