Carian
Pembangun JomSocial Bakal Melancarkan Rangkaian Sosial Perusahaan – Offiria
February 21, 2012 Aman

JomSocial merupakan salah satu aplikasi tambahan untuk Joomla yang dibangunkan oleh syarikat daripada Malaysia. Selain daripada menawarkan aplikasi tambahan sahaja, kini mereka juga melangkah setapak kehadapan, dimana mereka bakal memperkenalkan sokongan hos untuk laman sosial bagi sesuatu organisasi melalui Offiria.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana pembangun WordPress sendiri memperkenalkan sokongan hos percuma dan berbayar mereka melalui WordPress.com. Namun, berbeza, melalui Offiria, ia turut membawakan sokongan yang dioptimasikan untuk organisasi. Ia masih belum dapat dipastikan samada adakah ianya akan menggunakan platform Joomla ataupun tidak.

Melalui Offiria, ia membolehkan bukan sahaja pengguna dalam sesuatu organisasi itu berkolaborasi dan mengenali satu sama lain antara. Malah ia turut membawakan sokongan tambahan, seperti pengurusan tugas, acara, pengurusan projek, perkongsian fail dan banyak lagi. Ia juga turut sama dioptimasikan untuk peranti mudah-alih untuk memudahkan pengguna menggunakannya ketika dimana-mana sahaja mereka berada.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum. Melalui laman utama, ia memperlihatkan Offiria dalam ujian beta tertutup buat masa ini. Namun, bagi anda yang berminat mengujinya, mungkin boleh mendaftarkan minat pada laman rasmi Offiria.

Komen