iTunes Bakal Menerima Rekabentuk Antaramuka Baru Pada Tahun Ini

iTunes Bakal Menerima Rekabentuk Antaramuka Baru Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 21, 2012 oleh .

Perkara mengenai iTunes yang akan berwajah baru telah pun kedengaran sejak daripada tahun lepas. Namun masih tiada sebarang informasi lanjut mengenainya. Tetapi, dengan pengumuman OS X Mountain Lion yang membawakan integrasi menyeluruh bersama-sama dengan iOS melalui iCloud, kini perkara mengenai iTunes yang diberikan nafas baru kedengaran kembali.

Ia dilaporkan hari ini yang mana rekabentuk baru kelak akan menjadi lebih ringkas, dan pada masa yang sama, lebih mesra pengguna berbanding rekabentuk sekarang ini. Apple diperkatakan akan membolehkan pencarian kandungan baru lebih pantas berbanding sekarang. Dengan perkongsian sosial melalui Twitter yang diintegrasikan pada pelbagai platform milik Apple, mungkin perkara sama juga akan berlaku pada iTunes.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih lagi tidak diketahui. Namun, berkemungkinan besar ia akan dilancarkan pada tahun ini. Mungkin juga ia akan didatangkan bersama-sama dengan OS X Mountain Lion kelak pada tahun ini.


TIPS & ULASAN