Cari @ Amanz

Research In Motion Melancarkan Kemaskini BlackBerry PlayBook OS 2.0

Oleh Aman

Link Copied!

Para pengguna BlackBerry PlayBook mungkin boleh bergembira hari ini, dimana seperti yang dijanjikan, hari ini, Research In Motion telah pun mengeluarkan kemaskini BlackBerry PlayBook OS 2.0 kepada para pengguna sedia ada, membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru bersama-sama dengannya. Jadi, apakah perkara-perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya?

Sokongan Pelbagai Perkara Baru

Ketika ianya dilancarkan pada tahun lepas, ia kekurangan pelbagai fungsi padanya. Namun, melalui PlayBook 2.0 ini, ia membawakan sokongan integrasi emel terbina, kalendar dan juga buku alamat. Ia turut membawakan satu inbox untuk pelbagai alamat emel anda, memudahkan pengurusan emel-emel harian yang diterima.

BlackBerry Bridge

BlackBerry Bridge merupakan sokongan pada PlayBook yang membolehkan anda menggunakan telefon pintar BlacKberry anda bersama-sama dengannya. Melalui sokongan baru, ia membolehkan anda menggunakan telefon pintar anda sebagai alat kawalan jauh, bersesuaian sekiranya PlayBook anda digunakan untuk tujuan persembahan di syarikat, mahupun disambungkan pada televisyen melalui HDMI.

Panggilan Video Yang Serba Baru

PlayBook OS 2.0 turut sma membawakan penaik-tarafan pada sokongan panggilan video, membolehkan para pengguna PlayBook membuat panggilan antara satu sama lain. Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ia kini lebih terurus melalui antaramuka yang menyerupai pada aplikasi emel dan kalendar.

Sokongan Aplikasi Android

Selain daripada ribuan aplikasi yang terdapat pada BlackBerry App World, kini ia turut sama membawakan sokongan aplikasi Android yang boleh dijalankan padanya. Pada masa yang sama, BlackBerry Video Store juga turut sama didatangkan melaluinya.

Bagi para pengguna BlackBerry PlayBook sedia ada, mungkin anda boleh mendapatkan kemaskini PlayBook OS 2.0 hari ini, dan mula menikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.


Komen ()