Cari @ Amanz

Sokongan Windows Live Video Chat telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas lagi, dan melalui video SkyDrive pada Windows 8 yang dikongsikan oleh Microsoft pada awal pagi ini, ia memperlihatkan beberapa petunjuk integrasi perkhidmatan tersebut, sekaligus memperlihatkan para pengguna akan dapat membuat panggilan video dengan mudah melalui perkhidmatan tersebut.

Ia diperkatakan yang mana Microsoft akan memperkenalkan sebuah plugin khas, membolehkan para pengguna memasang dan membuat panggilan video dengan mudah melaluinya.

Perkara ini boleh diperkatakan salah satu perkara yang dijangkakan, apatah lagi dengan pengambil-alihan Skype oleh Microsoft sebelum ini. Melalui pengambil-alihan Skype, ia telah sedia diperkatakan, integrasi Skype akan diperkenalkan pada Xbox, Windows Phone dan juga Office. Mungkin sistem operasi Windows, malah perkhidmatan web mereka, Windows Live tidak ketinggalan, dan turut sama mendapat perkhidmatan tersebut.

Pada masa yang sama, ia juga boleh beroperasi sebagai salah satu perkhidmatan seumpama FaceTime yang terdapat pada sistem operasi OS X dan juga iOS pada masa kini. Namun, apa yang menari adalah sokongan Microsoft dan juga Skype pada pelbagai platform, yang mana akan memberikan penggunaannya lebih meluas berbanding yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd