Sehingga ke hari ini, untuk membuka dokumen-dokumen Microsoft Office pada iPad, para pengguna perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga untuknya. Namun, perkara tersebut mungkin berubah tidak lama lagi, apabila kini diperkatakan Microsoft bakal melancarkan aplikasi mereka untuk iPad, yang mana membawakan beberapa perkara daripada rekabentuk Metro padanya.
Pada masa yang sama, ia juga turut dilaporkan yang mana Microsoft turut sama membangunkan aplikasi Office untuk platform Android, namun tiada sebarang tarikh diberikan berkaitan pelancarannya.
Sepanjang tahun ini, nampaknya Microsoft seperti mengubah cara mereka beroperasi, dengan membangunkan aplikasi dan perisian bukan sahaja untuk platform mereka, tetapi juga pada pelbagai platform lain, membolehkan para pengguna platform lain turut menggunakan aplikasi keluaran Microsoft dengan mudah.
Sebelum ini, mereka telah pun mengeluarkan aplikasi SkyDrive untuk platform lain, dan nampaknya pelbagai aplikasi lain akan dihasilkan untuk pelbagai platform lain.
Adakah ini merupakan tahun kebangkitan Microsoft?
Kemaskini : Microsoft telah pun mengeluarkan kenyataan mengatakan imej paparan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak benar. Namun tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan samada adakah aplikasi itu sedang dibangunkan ataupun sebaliknya.