Di Malaysia, terdapat ramai pembangun tempatan yang berpotensi tinggi, tetapi disebabkan projek mereka tidak begitu ditonjolkan, maka tidak diketahui ramai. Hari ini, salah seorang pembangun tempatan telah memuat-naik video projek terbaru mereka di YouTube, memperlihatkan kawalan perkakasan elektrik di rumah terus menggunakan peranti mudah-alih. Menariknya, melalui demo tersebut, kawalan melalui suara juga turut sama diperlihatkan.
Melalui video tersebut, pembangunnya memberikan penerangan menyeluruh berkenaan dengan rekabentuk komponen yang dibangunkan oleh beliau untuk menjayakannya. Ia dijayakan melalui penggunaan Bluetooth yang dihubungkan kepada micro-controller, dan seterusnya mesej yang diterima diinterprasi dalam mengawal peralatan dan perkakasa elektrik dirumah.
Melalui aplikasi yang dihasilkan, ia membolehkan para pengguna untuk mengawal perkakasan elektrik seperti kipas dan lampu, menggunakan samada suara ataupun butang pada telefon pintar mereka.
Buat masa ini, perancangan pembangun untuk memasarkan perkara ini masih lagi tidak diketahui. Namun, semestinya kami mensasarkan jika beliau memasarkannya pada harga yang bersesuaian, maka ia akan diterima ramai pengguna tempatan.