Cari @ Amanz

DMD Mobile Memperkenalkan Peranti Android Dengan Sokongan Komunikasi XMPP

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada CSL, kini pengeluar peranti baru, DMD Mobile turut sama melancarkan peranti pintar mereka yang pertama, menggunakan sistem operasi Google Android padanya. Berbeza dengan peranti lain di pasaran, telefon pintar daripada DMD Mobile ini disasarkan untuk para pengguna talian telekomunikasi prabayar, dan peranti tersebut dijangka berharga RM500 dan ke bawah.

Melalui peranti mereka, ia turut sama bakal didatangkan bersama-sama dengan perkhidmatan khas, dimana pada harga RM10 sebulan, ia membolehkan para pengguna menggunakan perkhidmatan chat tanpa had, sokongan IM, dan juga emel padanya. Untuk menjayakan perkara ini, ia menggunakan sokongan komunikasi XMPP yang menggunakan jalur-lebar yang rendah padanya.

Buat masa ini, bagaimanakah kerjasama dan juga perkhidmatan mereka akan berfungsi masih tidak diketahui lagi. Namun, menurut pihak DMD Mobile, dua daripada syarikat telekomunikasi tempatan telah pun menyatakan sokongan mereka untuk peranti tersebut.

Dari segi spesifikasi, DMD Mobile membawakan cip pemprosesan 650MHz padanya, skrin sentuh 2.6-inci, kamera 3-megapixel pada bahagian belakang, kamera VGA pada bahagian hadapan, dan juga papan kekunci QWERTY.

M3 Communicator ini juga turut sama didatangkan dengan sokongan NFC, dan menggunakan Android 2.3 dengan antaramuka yang dinamakan sebagai Hub padanya.

DMD Mobile dijangka akan memperkenalkan peranti mereka secara rasminya kepada umum, bersama-sama dengan beberapa pengumuman berkaitan rakan kerjasama dan sebagainya pada Mobile World Congress pada minggu hadapan.


Komen ()