Yes Dan Proton Mengumumkan Kerjasama Strategik

Yes Dan Proton Mengumumkan Kerjasama Strategik

Diterbitkan pada Feb 22, 2012 oleh .

Seperti mana yang kami laporkan awal sebelum ini, hari ini, Yes dan juga Proton telah pun secara rasminya mengumumkan kerjasama mereka, dimana kedua-dua gergasi ini akan bergabung tenaga dalam membangunkan sokongan 4G pada kenderaan model baru Proton. Melaluinya, para pelanggan Proton akan menikmati perkhidmatan Yes yang istimewa, bermula daripada model baru Proton, P3-21A.

Melaluinya, sama seperti sokongan pada Yes Huddle, ia membolehkan sehingga lima peranti didalam kenderaan dihubungkan pada rangkaian Yes4G, dan membolehkan para pengguna menikmati rangkaian internet berkelajuan tinggi ketika bergerak.

Selain daripada hanya menawarkan perkhidmatan jalur-lebar, kerjasama ini juga dijangka akan terus berkembang, dimana pada masa hadapan, Proton dan Yes bercadang untuk menawarkan beberapa aplikasi pintar, seperti diagnostik kenderaan dalam masa-nyata, perkhidmatan berasaskan geolokasi, dan beberapa perkhidmatan tambahan lagi.

Walaubagaimanapun, maklumat mengenai bagaimanakah pengguna akan dicaj padanya dan berapa lamakah Yes menawarkan perkhidmatannya secara percuma kepada pembeli kenderaan baru masih tidak diketahui lagi. Dan maklumbalas pihak JPJ berkenaan dengan perkara ini juga masih tidak didapati lagi.


TIPS & ULASAN