Cari @ Amanz

Buku Teks Digital? Samsung Memperkenalkan Learning Hub

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, sepanjang tahun ini, kandungan pendidikan berbentuk digital akan terus mendapat perhatian ramai pembangun, dimana selepas Apple pada bulan lepas melancarkan iBooks 2 dan kemaskini iTunes U yang membawakan sokongan buku teks digital serta kandungan berbentuk pendidikan, kini tiba pula giliran Samsung untuk memperkenalkan Learning Hub.

Melalui Learning Hub, Samsung bukan sahaja akan menawarkan kandungan berbentuk teks, tetapi turut sama didatangkan bersama-sama dengan video dan sebagainya, daripada lebih 30 pembangun kandungan berbeza. Ketika pelancaran, sebanyak lebih 6,000 kandungan digital dijangka tersedia padanya.

Walaubagaimanapun, sebagai pengenalan, hanya peranti Galaxy Tab 10.1 dan juga Galaxy Tab 8.9 LTE sahaja akan menerima sokongan ini, dan kandungan akan ditawarkan secara percuma untuk permulaan. Kandungan berbayar juga dijangka akan diperkenalkan dalam masa akan datang.

Adakah ianya akan diperkenalkan pada peranti Android yang lain masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Tetapi, sekiranya Samsung ingin benar-benar memperluaskan tawaran untuk pendidikan mereka ini, mungkin boleh menawarkannya kepada semua peranti Android dalam bentuk aplikasi khas, dan menjana wang tambahan melalui penjualan kandungan melaluinya. Namun, perancangan Samsung mengenainya masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut Samsung pada MWC minggu hadapan.


Komen ()