Kemaskini Nokia Carla Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ke-Empat Tahun Ini

Kemaskini Nokia Carla Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ke-Empat Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 22, 2012 oleh .

Kini dengan pengguna Nokia (berasaskan Symbian) sedia ada telah pun menerima kemaskini Nokia Belle pada peranti mereka, generasi seterusnya untuk platform Symbian ataupun yang mana kini dikenali sebagai Nokia OS telah pun mula kedengaran, diperkatakan Nokia Carla akan dilancarkan untuk peranti yang disokong pada suku tahun ke-empat tahun ini.

Sebelum kemaskini tersebut dikeluarkan kepada peranti Nokia sedia ada, seperti Nokia N8, C7, E7, X7 dan lain-lain, Nokia dijangka akan memperkenalkan beberapa model sedia ada, iaitu Nokia 603, Nokia 700 dan juga Nokia 701 dengan Nokia Carla bermula daripada suku tahun ketiga tahun ini. Selepas pelancaran peranti tersebut, kemaskini dijangka akan diperkenalkan untuk peranti Nokia Belle sedia ada.

Buat masa ini, fungsi baru penuh yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Nokia Carla masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, ia diperkatakan, Nokia turut sama akan memperkenalkan kemaskini Carla versi ringan untuk peranti dengan kuasa pemprosesan kurang 1GHz, membolehkan pengguna peranti sedia ada turut menikmati sokongan kemaskini tersebut.

Walaupun Nokia kini memfokuskan pada peranti Windows Phone, nampaknya mereka masih mengekalkan sokongan untuk peranti Symbian sedia ada, dan bakal membawakan pelbagai kemaskini pada platform sistem operasi yang antara terawal, Symbian.


TIPS & ULASAN