Tiada Lagi Adobe Flash Player Untuk Linux Melainkan Menggunakan Chrome

Tiada Lagi Adobe Flash Player Untuk Linux Melainkan Menggunakan Chrome

Diterbitkan pada Feb 22, 2012 oleh .

Dalam langkah yang amat mengejutkan, hari ini Adobe mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan memperkenalkan Flash Player untuk sebarang distro atau versi Linux lagi selepas Flash Player 11.2, dan sekiranya para pengguna ingin menggunakannya, mereka perlu menggunakan melalui pelayar web yang menyokong API Pepper yang dibawakan oleh Google Chrome.

Ia akan sekaligus memberikan kesan kepada pembangun pelayar web yang lain, termasuk Mozilla dan juga Opera. Namun, mungkin mereka akan memperkenalkan sokongan plugin seumpama Pepper pada pelayar web mereka. Walaubagaimanapun, mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

Sekiranya pelayar web yang lain tidak mengimplementasikannya, mungkin pengguna Linux perlu menggunakan Chrome untuk menikmati kandungan berbentuk Flash pada masa hadapan. Pautan muat-turun Flash Player dijangka akan dikeluarkan daripada laman web Adobe tidak lama lagi.

Terima kasih Amir Zaim.


TIPS & ULASAN