Mozilla Marketplace Bakal Dibuka Untuk Pembangun Menghantar Aplikasi Pada Minggu Hadapan

Mozilla Marketplace Bakal Dibuka Untuk Pembangun Menghantar Aplikasi Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Pada minggu hadapan, di Mobile World Congress, Mozilla dijangka membuat beberapa pengumuman berkaitan dengan platform mudah-alih terbaru mereka, Boot-2-Gecko (B2G). Namun, mungkin bukan itu sahaja yang akan diperkenalkan pihak Mozilla, malah lebih daripada itu, apabila Mozilla hari ini membuat beberapa pengumuman berkaitan dengan Mozilla Marketplace.

Mozilla Marketplace adalah platform terbuka untuk aplikasi web, yang membolehkan para pembangun menawarkan aplikasi mereka pada pelbagai platform dan juga peranti. Ia dijangka akan dibuka kepada pembangun untuk menghantar aplikasi web mereka untuk disertakan pada Mozilla Marketplace bermula daripada minggu hadapan.

Memandangkan Mozilla merupakan organisasi yang memfokuskan kepada platform terbuka, sokongan Mozilla Marketplace tersebut juga boleh digunakan oleh pembangun pelayar web yang lain, untuk mengintegrasikannya, sekaligus membolehkan ianya menjadi salah satu kedai aplikasi berasaskan web yang terbuka untuk semua.

Walaupun terdepat beberapa kedai-aplikasi berasaskan web, seperti Chrome Web Store dan sebagainya, namun Mozilla cuba membawakan dengan memperkenalkan kedai aplikasi terbuka. Dan dengan Firefox yang semakin pantas dibangunkan dengan ciri-ciri terkini, dan Google yang sering diperkaitkan dengan masalah privasi dan sebagainya, mungkin Mozilla Marketplace dengan platform terbuka mereka untuk aplikasi akan mendapat perhatian daripada pembangun dan juga pengguna.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut pihak Mozilla pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN