Adobe Memperlihatkan Sokongan Mengeksport Presets Pada Photoshop CS6

Adobe Memperlihatkan Sokongan Mengeksport Presets Pada Photoshop CS6

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Seperti pada minggu-minggu lepas, hari ini, Adobe telah memuat-naik video terbaru mereka pada saluran YouTube, sekali lagi memperlihatkan salah satu fungsi baru yang bakal dibawakan oleh mereka melalui aplikasi Photoshop CS6 yang disasarkan pelancaran pada tahun ini. Melalui video terbaru ini, Adobe memperlihatkan kawalan menyeluruh pada Presets, sekaligus membolehkan ia dieskport dengan mudah.

Bagi mereka yang sering menggunakan Photoshop, sokongan Presets membolehkan mereka memudahkan tugas dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan lebih pantas dan mudah. Kini, melalui Photoshop CS6, ia membolehkan anda membawakan sokongan Presets sedia ada ke komputer lain, atau berkongsi bersama rakan sekerja anda yang lain dengan mudah.

Pada masa yang sama, beberapa fungsi ringkas turut sama diperlihatkan oleh Adobe, seperti mengubah warna beberapa layer pada satu masa dengan pantas, membuat salinan layer dengan kekunci pintas, dan beberapa perkara lagi.


TIPS & ULASAN