Sokongan Cover Photo Pada Facebook Groups Diperkenalkan Kepada Lebih Ramai

Sokongan Cover Photo Pada Facebook Groups Diperkenalkan Kepada Lebih Ramai

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Beberapa minggu sebelum ini, kami pernah melaporkan mengenai antaramuka baru untuk Facebook Groups, membolehkan para pentadbir menyertakan gambar seakan Cover Photo pada Facebook Timeline. Nampaknya, setelah melalui pelbagai fasa ujian, hari ini, Facebook telah pun mula memperkenalkannya secara meluas kepada semua Facebook Groups fungsi tersebut.

Bermula daripada hari ini, mereka yang log masuk ke halaman Facebook Groups, anda akan melihat paparan gambar-gambar pengguna secara rawak pada bahagian atas Facebook Groups tersebut, yang mana boleh diubah kepada sebuah gambar yang unik lagi, dan memberikan identiti yang lebih menyeluruh kepada sesuatu Facebook Groups itu.

Ini boleh diperkatakan sebagai sebahagian daripada antaramuka baru untuk Facebook, dimana setelah memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada profil, sebahagian daripada sokongan daripadanya diperkenalkan kepada Facebook Groups. Beberapa laporan turut mengatakan Facebook bakal memperkenalkan sokongan Facebook Timeline pada Pages, tetapi tidak lagi diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan.


TIPS & ULASAN