Setelah Avast mengeluarkan Avast 7 Beta pada awal Februari yang lepas, kini pembangun aplikasi keselamatan dan sekuriti itu bergerak pantas, dan telah pun mengeluarkan Avast 7 RC, sekaligus memperlihatkan aplikasi Avast 7 versi stabil bakal dikeluarkan kepada umum dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Melalui Avast 7 RC, ia membawakan beberapa sokongan tambahan, termasuk kebolehan untuk anda berhubung terus kepada portal rasmi Avast. Para pengguna Windows 7 juga dibolehkan untuk mengubah kedudukan desktop gadget Avast mereka dengan mudah, samada secara melintang ataupun menegak. Beberapa komponen masih lagi dalam pembangunan, dan tidak boleh digunakan sepenuhnya buat masa ini.
Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun fail ujian untuk Avast 7 RC, manakala para pengguna Avast 7 Beta, anda boleh menaik-taraf melalui sokongan kemaskini automatik yang disertakan padanya.