Mozilla Memperkenalkan Sokongan Identiti – Mozilla Persona

Mozilla Memperkenalkan Sokongan Identiti – Mozilla Persona

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, Mozilla telah pun membangunkan sokongan sistem identiti yang dinamakan sebagai BrowserID. Dan sementara BrowserID akan dikenali sebagai nama untuk protokol dan juga teknologi disebaliknya, hari ini Mozilla memperkenalkan Mozilla Persona yang akan dikenali sebagai identiti daripada Mozilla untuk para pengguna umum, yang memudahkan mereka log masuk ke laman web dan juga aplikasi web.

Mozilla sedia mempunyai perkhidmatan dinamakan sebagai Personas, yang membolehkan para pengguna mengubah rekabentuk dan grafik pelayar web mereka. Dan dengan pengumuman ini, Personas akan dijenamakan semula tidak lama lagi, dan nama Mozilla Persona akan dikenali sebagai identiti daripada Mozilla untuk web.

Walaubagaimanapun, bilakah ianya akan dilancarkan secara umum kepada pengguna masih tidak diketahui. Selain daripada Mozilla Persona, sepanjang tahun 2012 ini, Mozilla merancang pelbagai perkara lain, disamping bakal melancarkan sokongan Marketplace untuk aplikasi web pada minggu hadapan di Mobile World Congress.


TIPS & ULASAN