Aplikasi Android Untuk Amanz Dilancarkan – Dapatkannya Hari Ini

Aplikasi Android Untuk Amanz Dilancarkan – Dapatkannya Hari Ini

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Yayy! Mungkin itulah reaksi para pengguna Android yang meminati Amanz, dimana setelah ramai pengguna yang memohon untuk mengadakan aplikasi Android, akhirnya pihak Wutmedia yang sebelum ini membangunkan aplikasi Amanz untuk iOS, telah turut sama melancarkan aplikasi Amanz untuk Android, dan sedia dimuat-turun secara percuma daripada Android Market hari ini.

Ia membawakan antaramuka yang menyerupai pada platform iOS, dan memfokuskan sepenuhnya pada kandungan, dan bebas daripada iklan. Para pengguna Android, boleh mengikuti perkembangan semasa yang dikemaskini pada Amanz terus melalui aplikasi Android melaluinya. Pada masa yang sama, anda juga boleh membaca dan berkongsi artikel bersama-sama dengan rakan-rakan anda yang lain, terus melaluinya, samada melalui Twitter, Facebook mahupun emel.

Bagi anda yang mempunyai cadangan lanjut untuk memperbaiki aplikasi Android mahupun iOS untuk Amanz, mungkin anda boleh berikan dan tinggalkan maklumbalas anda dibawah, dan kami akan cuba menyampaikannya kepada pihak Wutmedia. Muat-turun sekarang.


TIPS & ULASAN