Google Presentations Kini Membawakan Sokongan Perbincangan Masa-Nyata

Google Presentations Kini Membawakan Sokongan Perbincangan Masa-Nyata

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Google Presentations merupakan salah satu aplikasi web yang penting dan menarik untuk mereka yang banyak membuat fail-fail berbentuk slaid dan untuk dipersembahkan kepada orang lain. Dan kini, Google terus membawakan beberapa penambahan padanya, sekaligus menjadikannya lebih menarik lagi untuk aplikasi web mereka itu.

Kini, melalui Google Presentations, ia turut menyertakan sokongan untuk berbincang dalam bentuk masa-nyata, sekaligus membolehkan anda membangunkan sesuatu slaid atau fail persembahan itu dengan lebih menarik, dan mengikut citarasa bersama ahli-ahli kumpulan anda.

Pada masa yang sama, Google Presentations juga menyertakan sokongan untuk anda membolehkan seseorang pengguna itu memberikan komen sahaja, dan tidak boleh melakukan sebarang perubahan pada slaid tersebut. Ini amat penting sekiranya anda ingin mendapatkan pendapat rakan-rakan berkenaan sesuatu perkara ataupun idea daripada rakan kenalan internet, atau sebarang pengguna umum.

Sokongan ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, sekaligus menjadikan Google Docs setapak kehadapan lagi.


TIPS & ULASAN