Paparan Office 15 Technical Preview Diperlihatkan

Paparan Office 15 Technical Preview Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 23, 2012 oleh .

Office 15 merupakan aplikasi pejabat daripada Microsoft yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan baru-baru ini telah mencapai fasa Technical Preview. Office 15 Technical Preview hanya dibuka kepada para pembangun sahaja, dengan versi beta yang dipanggil sebagai Consumer Preview dijangka akan menyusul tidak lama lagi.

Melalui Office 15, Microsoft membawakan antaramuka serba baru kepada aplikasi pejabat mereka, dimana memfokuskan kepada minimalis, dan juga antaramuka Metro yang diperkenalkan pada Windows Phone dan juga Windows 8 milik mereka.

Ia juga pada masa yang sama, bakal mengintegrasikan sokongan perkomputeran awan padanya, memudahkan anda berkongsi bersama yang lain, dan juga berkolaborasi bersama yang lain dalam membangunkan sesebuah dokumen itu. Microsoft sendiri memfokuskan pada integrasi SkyDrive pada Windows 8 dan beberapa aplikasi mereka yang lain, dan tidak mustahil ianya turut diintegrasikan pada Office 15 kelak.

Melalui paparan antaramuka yang diperlihatkan oleh The Verge hari ini, melalui Office 15 Technical Preview, ia diperkatakan, ianya masih lagi pada peringkat awal, dan mungkin pelbagai perubahan akan dilakukan pada peringkat Consumer Preview, mahupun versi akhirnya kelak.

Jadi, apakah pendapat anda berkaitan dengan antaramuka baru pada Office 15 ini?


TIPS & ULASAN