Cari @ Amanz

Setelah paparan antaramuka Sense 4.0 yang diperlihatkan sebelum ini, kini gambar pertama HTC One X yang bakal diperkenalkan oleh HTC dalam masa beberapa hari lagi mula kelihatan, dan dijangka akan menjadi peranti Android utama daripada pengeluar peranti terkemuka itu.

Sebelum ini, ia diperkatakan akan dikenali sebagai Endeavor, dan menurut PocketNow, peranti empat-teras daripada HTC yang bakal menggunakan Android 4.0 dan juga membawakan skrin seluas 4.7-inci ini bakal dikenali sebagai HTC One X, dan bakal ditawarkan kepada pengguna diseluruh dunia dalam masa beberapa bulan selepas pelancarannya kelak.

HTC One X juga bakal menjadi peranti pertama yang menggunakan HTC Sense 4.0 dan juga dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Mungkin pengumuman lanjut mengenainya akan diketahui pada acara Mobile World Congress kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd