Jikalau sebelum-sebelum ini, kita sering nampak Samsung dan beberapa nama besar yang lain mengeluarkan video promosi, untuk sesuatu yang bakal mereka lancarkan, dan membolehkan para pengguna berteka-teki dengan mereka, kini Asus turut sama melakukan perkara sama, dimana sehingga sekarang, sebanyak 2 video telah dimuat-naik ke akaun YouTube milik mereka.
Melalui video pertama, mereka mempromosikan dimana membawakan slogan “Devided We Stand, Together We Rock”. Secara tidak langsung ia memberikan idea berkaitan peranti yang boleh digunakan secara berasingan, dan apabila digabungkan ianya memberikan kuasa yang lebih menarik. Tablet daripada Asus membawakan sokongan seumpamanya, dimana apabila tablet digabungkan dengan papan kekunci khasnya, memberikan kuasa yang lebih besar. Pada masa yang sama, ia juga berkemungkinan adalah peranti Asus Padfone yang masih dinantikan ramai, yang membolehkan para pengguna mengabungkan tablet dan juga telefon pintar.
Pada video kedua pula, ia membawakan slogan “Twice the Detail, Twice the Fun”. Dengan slogan tersebut, semestinya para pengguna boleh mensasarkan yang ianya lebih ditujukan untuk paparan skrin. Dan pada penghujung video tersebut, ia memperlihatkan gambaran seumpama tablet yang dijana menggunakan Android padanya.
Jadi, apakah tekaan anda untuk produk baru yang bakal diperlihatkan Asus pada MWC 2012 kelak?