Cari @ Amanz

Mungkin tidak lama lagi kita akan melihat perubahan pada kebolehan carian dan penemuan aplikasi di Apple AppStore, dimana pada hari ini, pihak Apple telah pun mengambil-alih salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk membuat carian aplikasi pada pelbagai platform, termasuk iOS dan juga Android.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, harga pembelian tidak diumumkan lagi, dan buat masa ini, Chomp masih boleh digunakan seperti biasa. Namun, ia disasarkan akan ditamatkan tidak lama lagi, seperti beberapa aset pembelian Apple sebelum ini.

Pada masa yang sama, Apple diperkatakan pasukan Chomp dan teknologi disebaliknya akan digunakan dalam menaik-taraf sokongan carian pada App Store. Tempoh masanya masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah diura-ura akan yang mana Apple bakal memperkenalkan iTunes versi baru bersama-sama rekabentuk antaramuka yang lebih ringkas, selain pada masa yang sama sedang dalam pengiraan untuk mencapai angka muat-turun aplikasi yang ke 25 billion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd