Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan aplikasi Vinode yang membawakan sokongan Augmented Reality interaktif pada platform iOS anda? Nampaknya, selain daripada membangunkan aplikasi tersebut, pembangunnya juga baru-baru ini telah menyertai Android DevCamp 2012 KL, dimana melaluinya mereka telah membangunkan sebuah permainan khas untuk platform Android, dipanggil sebagai The Last Tower Defense.

Melalui permainan The Last Tower Defense, ia membawakan gabungan kepada dia permainan terkemuka, iaitu Tower Defense dan juga Angry Birds. Permainan tersebut membawa perjalanan plot dimana para pemain perlu melindungi menara mereka selama 50 hari, dengan menembak musuh-musuh mereka mengikut gaya tembakan pada Angry Birds.

Kami masih belum dapat mengujinya, dan mungkin akan membuat ulasan lanjut berkenaan dengan permainan ini selepas kami menguji penuhnya kelak. Sementara itu, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripada Android Market secara percuma hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd