Sony Melancarkan ROM Android 4.0 Beta Untuk Peranti Xperia Tahun Lepas

Sony Melancarkan ROM Android 4.0 Beta Untuk Peranti Xperia Tahun Lepas

Diterbitkan pada Feb 24, 2012 oleh .

Pada bulan Disember yang lepas, Sony telah pun mengeluarkan ROM Android Ice Cream Sandwich yang masih lagi dalam peringkat pembangunan fasa Alpha. Kini setelah lebih daripada dua bulan, Sony sekali lagi memperlihatkan pembangunan Android untuk peranti Xperia sepanjang 2011 sedang giat dijalankan dan telah pun melancarkan versi Beta kepada semua.

Melalu ROM ICS Beta daripada Sony ini, ia membawakan pelbagai fungsi tambahan, berbanding dengan versi Alpha. Antara perkara utama, termasuklah dari segi sokongan fungsi-fungsi baru, kemaskini antaramuka dengan menyertakan beberapa elemen daripada Android 4.0, sokongan Face Unlock, sokongan GSM dan juga radio FM yang ditutup pada versi alpha dan beberapa perkara lain lagi.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, beberapa sokongan turut tidak disertakan, termasuk aplikasi Google terbina, sokongan WiFi, Bluetooth dan sebagainya. Ia masih pada peringkat akhir, dan akan disertakan pada versi stabil akhir nanti.

Sekiranya anda merupakan salah seorang pembangun, dan mempunyai peranti Xperia Arc S, Xperia Neo, atau Xperia Ray, anda boleh memuat-turun versi beta ini, dan mengujinya. Seperti biasa, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan mungkin mempunyai beberapa permasalahan padanya buat masa ini.

Tarikh akhir bilakah versi stabil akan dilancarkan kepada semua masih lagi tidak diketahui buat masa ini.


TIPS & ULASAN