Beberapa minggu sebelum ini, ia telah mula kelihatan dimana Google mula bermain dan menguji fungsi baru pada carian imej mereka, dimana carian berkaitan dengan imej diperlihatkan dalam bentuk yang lebih interaktif dan memberikan gambaran yang lebih jelas lagi. Dan akhirnya, hari ini, Google mengumumkan secara rasmi pelancaran fungsi tersebut kepada umum.
Melalui kemaskini baru ini, apabila para pengguna meletakkan tetikus pada terma carian berkaitan pada halaman Google Images, ia memperlihatkan paparan tiga gambar yang berkaitan dengan sesuatu terma carian itu. Ini sekaligus membolehkan anda mendapatkan gambaran berkaitan sesuatu perkara dengan lebih pantas tanpa perlu membukanya seperti sebelum ini.
Fungsi ini bakal diperkenalkan oleh Google kepada semua secara berperingkat dalam masa beberapa minggu lagi. Dan semestinya perkara ini akan memudahkan lagi par pengguna membuat carian imej dan gambar pada enjin carian popular itu.