MyPrize – Pertandingan Daripada YTL Tanpa Sebarang Pemenang?

MyPrize – Pertandingan Daripada YTL Tanpa Sebarang Pemenang?

Diterbitkan pada Feb 25, 2012 oleh .

YTL ketika memulakan perkhidmatan mereka sebelum ini, telah pun memperkenalkan pertandingan MyPrize, yang mengalakkan inovasi dikalangan pembangun tempatan mahupun antarabangsa, Setelah lebih daripada setahun menantikan keputusannya, akhirnya pihak komiti MyPrize telah pun mengeluarkan kenyataan, dan mengejutkan kerana tiada sebarang pemenang diumumkan oleh mereka.

Melalui emel yang dihantarkan oleh mereka, ia dikatakan MyPrize telah menerima pelbagai penyertaan yang menarik dari segi idea dan juga aplikasi. Tetapi menurut mereka, ia tidak mencapai sebarang piawaian yang ditetapkan, sekaligus membuatkan tiada sebarang penyertaan yang layak memenangi pertandingan tersebut.

Namun begitu, pihak MyPrize memberikan hadiah merit kepada setiap penyertaan bersama prototaip, iaitu hadiah wang tunai sebanyak USD$150 (~RM450). Perkara ini semestinya akan mengejutkan ramai pembangun yang membangunkan prototaip dengan usaha untuk memenangi pertandingan tersebut, dan tidak menerima sebarang balasan yang setimpal.

Apabila cuba memasuki laman MyPrize, ia telah ditutup, dan segala idea yang dipertandingkan juga turut disembunyikan. Namun, bagi anda yang berminat, boleh merujuk kepada halaman Google Cache, dan menilai sendiri adakah ianya benar-benar tidak mempunyai sebarang kualiti ataupun bagaimana?


TIPS & ULASAN