RAM DDR4 Akan Menemui Para Pengguna Desktop Pada Tahun 2014

RAM DDR4 Akan Menemui Para Pengguna Desktop Pada Tahun 2014

Diterbitkan pada Feb 25, 2012 oleh .

Selain daripada perkakasan untuk telefon bimbit yang berkembang pantas, perkakasan dan peralatan untuk komputer turut sama tidak ketinggalan, dimana selain daripada cip pemprosesan, kini memori RAM DDR4 telah pun diperlihatkan, dan akan memasuki fasa pengeluaran, dan akan sedia untuk pengguna desktop menjelang 2014, manakala untuk penggunaan pada pelayan pada tahun 2013 kelak.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah pun mula memperlihatkan demonstrasi DDR4 mereka, dimana antaranya adalah Hynix dan juga Samsung. Hynix memperlihatkan cip DDR4 berfungsi pada 2400MHz (2400Mb/s) dan menggunakan tenaga sebanyak 1.2V serta didatangkan dengan input dan output sokongan 64-bit. Samsung pula menggunakan tenaga yang lebih kurang sama, dengan frekuensi sekitar 2133MHz (2133Mb/s).

Dan seperti semua sedia ketahui, ia akan membawakan bentuk pin yang berbeza untuk DDR4, sama seperti versi sebelum ini. DDR4 juga kelak akan membawakan kepantasan yang lebih tinggi dan juga penggunaan tenaga yang lebih rendah, iaitu sehingga 40% berbanding DDR3.


TIPS & ULASAN