Cari @ Amanz

Selain daripada laman Faces.my yang masih pada peringkat beta tertutup, nampaknya, pembangunnya turut sama melancarkan projek terbaru mereka, dinamakan sebagai Kdnp.me, yang mana turut memfokuskan kepada memudahkan para pekerja mengiklankan diri, serta membolehkan pemilik perniagaan atau sesiapa mencari pekerja dengan pantas.

Melalui Kdnp.me, ia membolehkan mereka yang ingin mencari kerja baru, mengisi sebuah borang ringkas, seperti bidang tugas mereka, gaji yang diinginkan, dan sekitar lokasi mana, dan menyenaraikan mereka pada halaman mereka-mereka yang sedang mencari pekerjaan baru, serta membolehkan mereka yang ingin mencari pekerja untuk menemui mereka dengan mudah.

Laman Kdnp.me boleh dikatakan masih dalam peringkat pembangunan buat masa ini, dengan beberapa halaman yang masih belum aktif lagi sepenuhnya, disamping fungsi carian, serta beberapa perkara lain yang masih belum disertakan sepenuhnya. Ia juga masih tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan secara rasmi kepada semua, dan bagaimana ia akan beroperasi disamping Faces.my kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd