Cari @ Amanz

HTC One X Turut Menyertakan Kedai Aplikasi Permainan Daripada EA Games

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena dengan Mobile World Congress yang akan diadakan pada minggu ini, HTC telah pun mula mempromosikan salah sebuah peranti yang bakal diperkenalkan oleh mereka pada acara tersebut, iaitu HTC One X melalui laman Facebook sejak beberapa hari yang lepas. Menariknya, jauh sebelum pengumuman rasmi, kini gambar awal, dan juga spesifikasi peranti tersebut telah pun mula kelihatan.

HTC One X

Melalui dokumen yang didapati melalui laman FullGSM, HTC One X bakal membawakan cip pemprosesan empat-teras Super 4-Plus-1 1.5GHz Tegra 3 padanya, serta menyertakan skrin sentuh seluash 4.7-inci Super LCD2, dan RAM sebanyak 1GB. Dari segi storan pula, ia akan membawakan storan terbina sebanyak 32GB, dan juga storan percuma daripada Dropbox sebanyak 25GB selama 2 tahun pertama. HTC One X juga membawakan kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dengan sokongan Dual Shutter, membolehkan anda merakamkan video dan juga gambar pada masa yang sama. Ia turut menyertakan kamera hadapan 1.3-megapixel. Sokongan NFC turut didatangkan padanya.

HTC One X turut sama menyertakan HTC Watch untuk menonton filem dan rancangan video, serta sebuah kedai aplikasi khas untuk permainan daripada EA Games. Harga jualannya dan bilakah ianya akan tiba di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.


Komen ()