Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, Adobe telah pun melancarkan aplikasi Photoshop Touch untuk para pengguna Android, dan kini, nampaknya aplikasi yang diminati ramai itu turut akan tiba pada iPad bermula daripada hari Isnin ini. Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu menggunakan iPad 2 dan iOS 5 padanya.

Melalui Photoshop Touch, Adobe menawarkan beberapa fungsi asas Photoshop padanya, seperti sokongan layers, filter dan beberapa lagi, serta menyertakan sokongan perkongsian sosial, samada melalui Facebook ataupun terus melalui emel.

Aplikasi Photoshop Touch yang dikhaskan untuk iPad 2 yang menggunakan iOS 5 ini bakal dijual melalui AppStore bermula daripada hari Isnin ini pada harga $9.99. Selain daripada pengguna iPad 2, para pengguna Android juga turut sama boleh mendapatkannya melalui Android Market, dan menggunakan sokongan untuk mengedit gambar ketika tidak berada dihadapan komputer anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd