Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy Beam Dengan Projektor Terbina
February 26, 2012 Aman

Samsung telah pun mula memperkenalkan peranti baru mereka untuk MWC 2012, dimana mereka memulakan dengan peranti Galaxy Beam. Seperti biasa, memandangkan ianya dibawah keluarga Galaxy, semua sedia maklum ia menggunakan platform Android. Namun, apa yang uniknya pada telefon pintar ini adalah ia menyertakan sokongan projektor terbina yang boleh mengeluarkan gambar dengan keluasan sehingga 50-inci.

Dari segi cip pemprosesan, ia menggunakan cip dwi-teras 1Ghz, serta didatangkan bersama skrin WVGA 4-inci, storan terbina sebesar 8GB, dan juga dikatakan menyertakan RAM sebanyak 6GB (Engadget sedang menyemaknya). Galaxy Beam turut menyertakan bateri berkapasiti 2000mAh padanya. Ia turut dijana menggunakan Android 2.3 dan juga antaramuka TouchWiz padanya.

Buat masa ini bilakah ia akan mula dijual, dan samada adakah ianya akan tiba di Malaysia ataupun tidak masih tidak diketahui lagi.

Komen