Video: Demonstrasi & Menangi Aplikasi Balsamiq Mockups

Video: Demonstrasi & Menangi Aplikasi Balsamiq Mockups

Diterbitkan pada Feb 28, 2012 oleh .

Adakah anda salah seorang yang terlibat dalam industri pembangunan aplikasi dan laman web? Mungkin anda pernah dengar mengenai aplikasi Balsamiq Mockups yang digunakan untuk mencipta prototaip aplikasi, perisian dan laman web secara pantas. Disini kami ada menyertakan demonstrasi pendek Balsamiq Mockups.


Fungsi Utama Balsamiq Mockups

  1. Mempunyai banyak elemen yang kebiasaannya digunakan dalam aplikasi/laman web.
  2. Juga mempunyai banyak tambahan elemen dan sokongan komuniti yang baik melalui laman web perkongsian Mockups.
  3. Mod Persembahan membolehkan Mockups yang direka disambungkan antara satu sama lain dan menjadikannya sebuah prototaip ringkas.
  4. Maklumat terperinci (seperti saiz tulisan/ruang, gambar, perkataan) juga turut disertakan.
  5. Boleh digunakan pada platform Windows, Mac, & Linux

Kami juga ingin mengumumkan cabutan bertuah Balsamiq Mockups. Hadiah yang ditawarkan adalah perisian Balsamiq Mockups bernilai USD 79. Caranya mudah sahaja. Ikut arahan kotak dibawah dan wajib  menjawab soalan yang disertakan

Terma & Syarat

  1. Like post ini untuk mendapat satu mata entri.
  2. Jawab soalan yang diberikan dan jawapan perlu diberikan di kotak komentar berita ini.
  3. Like Facebook Kami. Kalau dah like biarkan sahaja.
  4. Tweet/kongsi melalui Facebook mengenai cabutan bertuah ini untuk mendapat mata entri seterusnya dan apabila ada orang lain yang klik pada tweet anda, anda akan mendapat 5 mata referral. Anda juga akan menerima link yang anda boleh gunakan untuk diberikan kepada orang lain untuk mendapat mata referral.
  5. Anda juga akan mendapat mata tambahan sekiranya mencadangkan/menjemput rakan-rakan di Facebook.
  6. Cabutan akan tamat pada 1159malam, Jumaat, 2 Mac 2012.
  7. Pada 0001 malam, Sabtu 3 Mac 2012, cabutan nombor akan dilakukan di Random.org dan akan mempunyai senarai nombor. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan rawak dan jawapan soalan yang diberikan. Sekiranya peserta cabutan pertama tidak menjawab soalan dengan tepat, nombor kedua akan dipilih. Hanya satu pemenang akan memenangi cabutan ini. Keputusan adalah muktamad.
  8. Tenaga kerja Amanz Network & 24434MY tidak boleh menyertai cabutan ini.

Kemaskini 03 Mac 2012: Pemenang perisian ini adalah Dadan Darmawan, yang juga merupakan pembaca kami dari Indonesia. Jutaan tahniah kerana memenangi peraduan ini. Apapun kami akan mempunyai cabutan bertuah seterusnya pada masa hadapan, jadi teruskan bersama kami :)


TIPS & ULASAN