Aplikasi uTorrent Penuh Untuk Platform Android Bakal Dilancarkan

Aplikasi uTorrent Penuh Untuk Platform Android Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 26, 2012 oleh .

Dengan peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan tablet yang mula menjadi popular dan kerap digunakan berbanding desktop dan komputer riba, kini pihak uTorrent bakal memperkenalkan aplikasi mereka untuk para pengguna Android, membawakan fungsi penuh seumpama pada Windows, dan Mac pada telefon pintar mahupun tablet mereka itu.

Ianya berbeza dengan beberapa aplikasi lain dipasaran, yang menawarkan sokongan untuk mengawal apa yang sedang anda torrent dan sebagainya, tetapi melalui aplikasi tersebut kelak, anda boleh melakukannya terus melalui peranti pintar anda, dan kelak boleh membukanya terus pada peranti pintar anda, tanpa perlu untuk memindahkannya kepada komputer dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, bilakah ianya akan dilancarkan masih tidak diketahui. Dan selain daripada aplikasi Android, pembangun uTorrent juga sedang giat membangunkan aplikasi untuk versi Linux yang ditangguhkan sebelum ini.


TIPS & ULASAN