Cari @ Amanz

Samsung Menambah Ahli Keluarga Galaxy Tab 2 Dengan Variasi Skrin Bersaiz 10.1-inci

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau lebih seminggu yang lepas, kita dapat melihat Samsung melancarkan Galaxy Tab 2 (7.0), kini, pada hari ini, Samsung terus menambah ahli keluarga Galaxy Tab 2, dengan memperkenalkan Galaxy Tab 2(10.1) iaitu variasi tablet dengan skrin seluas 10.1-inci daripada mereka, sekaligus membawakan resolusi sebesar 1280×800 pixel padanya.

Dari segi cip pemprosesan, ia membawakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan VGA untuk panggilan video, dan beberapa sokongan lain seperti hos USB 2.0, slot mikroSD dan sebagainya. Dari segi aplikasi pula, ia membawakan ChatOn, Samsung Kies Air, Polaris Document Editor, dan beberapa aplikasi Samsung lain, seperti Readers Hub, Music Hub, Game Hub, Video Hub dan lain-lain lagi.

Kedua-dua keluarga baru Galaxy Tab 2 ini iaitu 7.0 dan juga 10.1 dijangka akan dijual di pasaran global bermula daripada bulan Mac kelak. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.


Komen ()