Huawei Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Paling Pantas Di Dunia?

Huawei Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Paling Pantas Di Dunia?

Diterbitkan pada Feb 26, 2012 oleh .

Huawei bakal mengadakan sidang media mereka pada MWC 2012 dalam beberapa jam sahaja lagi. Namun, lebih awal daripada itu, kini peranti yang bakal dilancarkan oleh Huawei telah pun mula kelihatan, serta menyaksikan ianya akan membawakan cip pemprosesan empat teras bersamanya, serta menggunakan slogan sebagai telefon pintar terpantas di dunia setakat ini.

Peranti yang menggunakan nama Huawei Ascend Dquad ini bakal menyertakan cip pemprosesan empat-teras Tegra 3 bersama-sama dengan beberapa peranti lain yang turut akan ditayangkan pada MWC kelak. Namun apa yang menariknya adalah, sehingga kini Huawei telah pun memperkenalkan peranti-peranti mereka pada harga yang amat mampu milik, dan dengan peranti empat-teras daripada mereka, harga peranti tersebut turut dinantikan ramai.

Selain daripada cip pemprosesan, daripada gambaran yang diperlihatkan, ia seperti membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich bersama-sama dengannya. Mungkin lebih banyak info berkaitan dengannya akan diketahui dalam masa beberapa jam sahaja lagi.


TIPS & ULASAN