Huawei Melancarkan Cip Pemprosesan Empat-Teras Bersama-sama Ascend D Quad

Huawei Melancarkan Cip Pemprosesan Empat-Teras Bersama-sama Ascend D Quad

Diterbitkan pada Feb 27, 2012 oleh .

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya, pihak Huawei telah pun mengumumkan keluarga baru untuk siri Ascend D, dimana peranti utamanya diperkenalkan, iaitu Ascend D Quad, yang menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, bersama-sama dengan cip pemprosesan empat-teras padanya. Menariknya adalah ia menggunakan cip pemprosesan empat-teras yang dibangunkan oleh Huawei sendiri, iaitu K3V2.

Melalui Ascend D Quad, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras K3Vw sepantas 1.5Ghz, skrin sentuh seluas 4.5-inci, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan integrasi audio Dolby Digital 5.1, dan disertakan bersama-sama dengan bateri berkapasiti 1800mAh padanya.

Beberapa variasi turut diperkenalkan, iaitu Ascend D1 yang membawakan cip pemprosesan dwi-teras padanya dengan spesifikasi lain yang menyerupai Ascend D Quad, dan juga Ascedn D Quad XL yang membawakan ciri-ciri lebih kurang sama dan disertakan dengan bateri berkapasisi 2500mAh padanya.

Menurut Huawei, melalui cip pemprosesan K3, ia membolehkan Ascend D Quad beroperasi lebih 49% pantas berbanding telefon pintar lain, dan juga tenaga kurang 30% berbanding yang lain. Cip pemprosesan terbaru daripada Huawei ini juga dilihat mengalahkan beberapa cip pemprosesan lain dari segi prestasi. Namun, memandangkan masih tiada badan bebas yang mengujinya lagi, serta angka ini dikeluarkan oleh pihak Huawei sendiri, ia sesuatu yang agak sukar dipercayai, dan diperkatakan ramai sebagai mungkin sahaja kaedah pemasaran mereka.

Ketiga-tiga peranti ini dijangka akan hadir di pasaran Asia Pasifik sekitar suku-tahun kedua 2012 ini. Harga jualan ketiga-tiga peranti ini masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN