Cari @ Amanz

Pasar Malam merupakan salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai setiap minggu, tanpa mengira lokasi, diseluruh Malaysia. Ia menjadi salah satu lokasi dimana rakyat Malaysia mendapatkan makanan dan sebagainya pada kadar harga yang menarik. Dan untuk memudahkan anda mengetahui pasar malam berdekatan dengan lokasi anda, sebuah aplikasi ringkas diperkenalkan, iaitu NightMarkets Malaysia.

Buat masa ini, ianya hanya ditawarkan kepada para pengguna platform iOS sahaja, tanpa mengetahui sebarang info berkaitan adakah ianya akan dilancarkan kepada para pengguna platform lain ataupun tidak. Melalui aplikasi tersebut, ia menyenaraikan lokasi-lokasi pasar malam di seluruh Malaysia, dimana disusun mengikut negeri, lokasi dan juga hari. Anda juga boleh melihat pasar malam berdekatan anda melalui sokongan geolokasi yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Jadi, bagi para pengguna iOS yang amat meminati untuk berkunjung ke pasar malam, mungkin ianya merupakan salah satu aplikasi yang penting untuk anda, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd