Cari @ Amanz

Sony Melancarkan Xperia P Bersama Teknologi White Magic

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah Huawei memperkenalkan peranti pintar paling pantas mereka, kini Sony pula mengambil-alih perhatian ramai, dengan memperkenalkan beberapa peranti mereka di Mobile World Congress 2011 yang diadakan di Barcelona. Mereka mulakannya dengan memperkenalkan peranti yang memfokuskan kepada keterangan melalui teknologi Reality Display (WhiteMagic) pada Xperia P.

Melalui teknologi Sony White Magic, ia membawakan keterangan pada skrin, membolehkan para pengguna menggunakannya tanpa sebarang masalah walaupun dibawah cahaya matahari. Ia membawakan skrin 4-inci, dan didatangkan bersama-sama kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video berkualiti HD 1080p. Pada masa yang sama, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan NFC padanya.

Xperia P dijangka akan berada di pasaran global bermula daripada suku tahun kedua tahun ini, dan didatangkan dalam tiga warna berbeza. Harga dan tarikh pelancaran tempatan masih tidak diketahui lagi buat masa ini.


Komen ()