Sony Mengumumkan Xperia U – Memperkenalkan Keluarga Siri NXT

Sony Mengumumkan Xperia U – Memperkenalkan Keluarga Siri NXT

Diterbitkan pada Feb 27, 2012 oleh .

Selain daripada peranti Xperia P bersama teknologi White Display, Sony juga turut sama memperkenalkan peranti Xperia U dibawah portfolio mereka, dimana secara ringkasnya ia diperkatakan sebagai peranti Xperia S dengan spesifikasi lebih rendah, dan memfokuskan kepada keperibadian seseorang.

Melalui Xperia U, Sony menawarkan peranti dengan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin sentuh seluas 3.5-inci dengan sokongan Reality Display, kamera belakang 5-megapixel, dan juga sokongan bunyi dalam bentuk 3D surround sound. Xperia U juga turut sama membolehkan anda merakamkan gambar dalam bentuk HD, dan berkongsi dengan rakan dengan mudah. Bersama-sama dengan Xperia U, ia menyertakan ciri sokongan untuk mengubahnya kepada warna peribadi, dimana para pengguna boleh mengubah bahagian bawah peranti tersebut mengikut warna kegemaran melalui elemen lutsinar padanya.

Sama seperti Xperia P, Xperia U juga disasarkan untuk pasaran global pada suku tahun kedua 2012 kelak. Bersama-sama dengan Xperia U dan juga Xperia P, Sony turut sama memperkenalkan rekabentuk Xperia NXT, iaitu rekabentuk telefon pintar generasi baru daripada Sony.


TIPS & ULASAN