Sony Memperlihatkan Sokongan SmartDock Dan Juga Tag NFC

Sony Memperlihatkan Sokongan SmartDock Dan Juga Tag NFC

Diterbitkan pada Feb 27, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan peranti baru keluarga Xperia NXT, Sony juga turut sama memperkenalkan sokongan integrasi bersama-sama dengan peranti dan peralatan elektronik yang lain bersama telefon pintar mereka itu, seperti sokongan kemudahan untuk dihubungkan kepada televisyen, komputer, speaker, malah turut disertakan dengan sokongan NFC padanya.

Peranti-peranti Xperia sebelum ini turut sama telah membawakan sokongan untuk menghubungkan peranti melalui kabel HDMI sebelum ini, dan ia terus ditambah baik pada kali ini, dan Sony turut sama memperkenalkan SmartDock untuk memudahkan para pengguna melihat gambar, menonton video mahupun mendengar lagu pada televisyen. Melalui SmartDock juga, para pengguna turut boleh menyambungkan papan kekunci, dan menggunakannya dengan mudah. Memandangkan ia menyertakan beberapa slot USB, para pengguna boleh menyambungkan beberapa perkakasan tambahan dengan mudah.

Dari segi NFC pula, Sony memperlihatkan sebuah butang NFC khas, dimana anda boleh menetapkan beberapa tetapan khas padanya, seperti ketika keluar rumah, ketika bersukan dan sebagainya, dan sebaik sahaja anda menyentuh tag NFC tersebut, segala tetapan diaktifkan pada peranti anda serta-merta. Ia mungkin amat berguna kepada mereka yang gemar mengubah tetapan ketika aktiviti berbeza, seperti dirumah, dipejabat, ketika beriadah dan sebagainya.


TIPS & ULASAN