HTC Memperkenalkan Siri Keluarga One, Sense 4.0 Dan Sokongan ImageSense

HTC Memperkenalkan Siri Keluarga One, Sense 4.0 Dan Sokongan ImageSense

Diterbitkan pada Feb 27, 2012 oleh .

Nampaknya, segala ura-ura yang kedengaran sebelum ini adalah benar, dimana sekiranya Samsung mempunyai keluarga Galaxy untuk peranti Android mereka, kini HTC pula memperkenalkan keluarga HTC One untuk perani Android yan dikeluarkan oleh mereka bermula daripada tahun ini. Bersama-sama dengannya, didatangkan bersama adalah antaramuka Sense 4.0 dan juga sokongan audio Beats.

Antaramuka HTC Sense merupakan salah satu antaramuka yang unik, yang membuatkan ramai tertarik dengan peranti keluaran HTC. Dan dengan HTC Sense 4.0, ia terus membawakan pengalaman penggunaan yang lebih menarik bersama-sama dengannya. Sebelum ini, kita telah melihat beberapa paparan antaramuka untuk Sense 4.0, dan HTC pada hari ini, memperlihatkan beberapa sokongan padnaya. Pelaburan mereka pada Beats tidak dibazirkan, dimana peranti HTC One akan membawakan integrasi Beats padanya.

Dari segi sokongan yang didatangkan bersama Sense 4.0, salah satunya adalah ImageSense. Melalui peranti HTC One, para pengguna boleh memulakan kamera mereka dalam masa kurang 0.7 saat dan merakamkan pelbagai detik kegembiraan mereka serta-merta.

Sehingga kini, boleh diperkatakan kualiti rakaman gambar pada peranti HTC agak kurang sedikit berbanding yang lain. Namun, perkara ini cuba diatasi melalui ImageSense, sekaligus membolehkan para pengguna merakamkan gambar pada cahaya rendah. Ia juga kini menggunakan lensa f/2.0 padanya, serta didatangkan dengan teknologi HDR, memberikan gambar yang lebih baik berbanding telefon pintar lain.

Dan salah satu fungsi menarik pada peranti baru HTC adalah dimana ia menyokong para pengguna merakamkan gambar dan juga video pada masa yang sama. Ini sekaligus akan memudahkan anda berkongsi gambar serta-merta mellui laman sosial terlebih dahulu, sebelum mengubah apa yang patut pada video sebelum memuat-naiknya.

Pada tahun ini, HTC mengatakan ingin mula memfokuskan kepada portfolio produk mereka, dengan memberikan lebih perhatian kepada kualiti, berbanding dengan kuantiti. Dan dengan fungsi-fungsi seperti ini, mungkin ianya akan dapat menarik kembali para pengguna menggunakan peranti mereka.

Kamera dan gambar dari The Verge.


TIPS & ULASAN