Cari @ Amanz

Seperti mana yang tersebar di arena internet sebelum ini, hari ini, pihak HTC secara rasminya melancarkan HTC One X yang membawakan cip pemprosesan empat teras NVIDIA Tegra 3 1.5GHz padanya, bersama-sama dengan skrin Super LCD2 seluas 4.7-inci. Peranti dengan HTC Sense 4.0 dijangka akan ke pasaran global sekitar bulan April ini.


Keluarga HTC One [via]

Selain daripada itu, HTC One X juga turut sama didatangkan dengan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman video HD 1080p, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 1,800 mAh. Ia turut sama didatangkan dengan storan percuma sebanyak 25GB hasil kerjasama bersama pihak Dropbox, selain storan terbina sebanyak 32GB.

Bersama-sama dengan HTC One X, pihak HTC turut sama melancarkan HTC One V dan juga HTC One S, dengan spesifikasi sedikit rendah. Namun kesemuanya membawakan rekabentuk eksklusif, dengan kamera yang baik melalui sokongan ImageSense dan juga audio melalui integrasi Beats.

Kesemua peranti ini bakal menemui pengguna global bermula daripada bulan April ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd