Carian
Samsung Memperkenalkan Galaxy Note 10.1 Dengan Sokongan S-Pen
February 27, 2012 Aman

Jikalau semalam Samsung mengumumkan pelancaran peranti Galaxy Beam bersama-sama dengan projektor terbina, hari ini, Samsung melancarkan Galaxy Note 10.1 yang dinantikan ramai, dimana secara ringkasnya, ianya membawakan tablet dengan skrin sebesar 10.1-inci dengan sokongan S-Pen padanya, amat bersesuaian sekiranya ingin mengambil nota atau melukis padanya.

Dari segi spesifikasi, Galaxy Note 10.1 membawakan cip pemprosesan dwi-teras sepantas 1.4Ghz, didatangkan bersama Android 4.0 Ice Cream Sandwich, RAM 1GB, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel padanya. Menariknya adalah, ia sememangnya dioptimasikan untuk artis dan mereka yang gemar melukis dan sebagainya, dimana Galaxy Note 10.1 bakal didatangkan bersama-sama dengan Adobe Photoshop Touch dan juga Adobe Ideas padanya.

Bilakah ia akan dilancarkan di pasaran tempatan masih lagi tidak diketahui lagi buat masa ini. Selain daripada Galaxy Note 10.1, baru-baru ini, Samsung turut sama telah memperkenalkan keluarga Galaxy Tab 2 dalam variasi 7-inci dan juga 10.1-inci.

Komen