Cari @ Amanz

Bersempena dengan Mobile World Congress yang diadakan di Barcelona, hari ini, pihak Opera Software yang membangunkan pelayar web mudah-alih terkemuka didunia telah pun memperkenalkan Opera Mobile 12 secara rasminya kepada para pengguna Android dan juga Symbian, serta pelayar web mini mereka, iaitu Opera Mini Next 7.

Opera terus merevolusikan pelayar web mudah-alih mereka, dimana melalui Opera Mobile 12, mereka membawakan sokongan WebGL pada peranti Android, membolehkan menikmati permainan dan kandungan 3D dengan mudah pada peranti mudah-alih mereka. Pada masa yang sama, sokongan HTML5 ditambah, dan Opera Mobile 12 turut sama didatangkan dengan sokongan penggunaan kamera didalam pelayar web. Dari segi penggunaan Speed Dial pula, anda tidak lagi tertakluk kepada hanya 9 pautan, tetapi boleh menyertakan seberapa banyak yang anda inginkan.

Bagi Opera Mini Next 7 pula, ia turut sama membawakan sokongan Speed Dial tanpa had seperti pada Opera Mobile 12. Dan menariknya, Opera Mini Next 7 turut sama menyertakan sokonga Smart Page. Melalui Smart Page, ia membolehkan para pengguna mengakses laman sosial yang mengikuti pelbagai kemaskini dengan lebih pantas lagi.

Bagi mereka yang berminat dengan Opera Mobile 12 ataupun Opera Mini Next 7, anda boleh melayari laman muat-turun mereka hari ini, dan mula menggunakan fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd