Carian
Aplikasi Skype Untuk Windows Phone Dilancarkan Dalam Bentuk Beta
February 27, 2012 Aman

Skype untuk Windows Phone merupakan salah satu aplikasi yang dinantikan ramai sejak beberapa bulan sebelum ini, dan akhirnya, hari ini, pihak Skype telah pun memperkenalkan Skype untuk Windows Phone dalam bentuk beta, dan bakal melancarkan versi penuh aplikasi tersebut sekitar bulan April 2012 kelak.

Melalui Skype untuk Windows Phone Beta, para pengguna boleh membuat panggilan audio mahupun video diantara pengguna Skype lain secara percuma ataupun melalui pengguna Skype Credit, melalui rangkaian 3G mahupun WiFi. Namun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu menggunakan Windows Phone 7.5 pada peranti anda.

Pihak Skype menyatakan yang mana, Skype untuk Windows Phone Beta berjalan lancar pada peranti Nokia Lumia 710, Nokia Lumia 800, HTC Titan, HTC Radar, Samsung Focus S, dan Samsung Focus Flash. Dan mungkin ia berfungsi tanpa sebarang masalah pada peranti Windows Phone 7.5 yang lain. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Skype untuk Windows Phone Beta terus daripada Marketplace secara percuma hari ini.

Komen